Panasnya Hari Ini

Khairy Saran Semua Sokong skuad hoki Malaysia Rabu ini

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi penulisan di laman Twitternya menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan Hoki Negara dalam perlawanan Rabu ini.

Pasukan negara dijangka bakal bertemu India pada perlawanan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Seluruh negara pelru menyaksikan perlawanan pasukan hoki negara, Rabu ini…Jika kita menang menentang India, kita pergi ke Olimpik!,” katanya di ruangan Twitter tersebut.

Pertembungan dengan India kali merupakan perjalanan penentu kejayaan buat pasukan negara untuk musim ini.

Pasukan negara perlu berusaha keras bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil dan India juga dianggap antara pasukan hoki dunia yang mencatatkan rekod permainan yang lebih baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");