Perak Hari Ini

Kolej Teknologi Perak Buka Peluang Pelajar Lepasan SPM Sambung Pengajian

IPOH: Kolej Teknologi Perak (KTP) kini membuka ruang dan peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketua Program Pembangunan Kemahiran KTP, Mohamad Fauzi Badar , pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke KTP akan diberikan khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum mereka memohon untuk menyambung pengajian di KTP.

“Sasaran kita adalah pelajar lepasan SPM pada tahun ini dan juga lepasan SPM tahun-tahun lepas yang gagal mendapatkan tempat untuk menyambung pelajaran.
PERAK TODAY 3

“Ianya berdasarkan kelayakan dan minat pelajar itu sendiri. Jika kelayakan pelajar tersebut tidak layak, kita akan mencadangkan kepada bidang lain seperti kemahiran dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di KTP bersempena dengan Minggu Info KTP, hari ini.

Fauzi turut berkata, KTP akan mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi cita-cita pelajar yang ingin menyambung pelajaran di KTP mengikut program yang mereka inginkan.

Katanya lagi, hari Info KTP ini telah berlangsung sejak 15 Jun lalu dan akan berakhir pada 21 Jun ini.

“Sebelum ini kita memang ada buat Hari Info tetapi kali ini diadakan khas untuk pengambilan bagi program di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

PERAK TODAY 2

“KTP juga mempunyai program-program sendiri yang ditawarkan kepada pelajar seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Sumber Manusia, Diploma Pemasaran dan sebagainya,”katanya.

Selain ruang belajar yang selesa dan kondusif,KTP turut menawarkan kemudahan asrama kediaman kepada pelajar-pelajarnya yang berdekatan dengan tempat belajar.

KTP terletak di tengah pusat perniagaan Greentown dan mempunyai akses mudah kepada pengangkutan awam serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");