Jenayah

KPDNKK rampas jersi tiruan

JOHOR BAHRU – Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas jersi dewasa dan kanak-kanak tiruan bernilai RM3,000 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Kulaijaya, kelmarin.

Pengarah KPDNKK negeri, Nor Nekman Jaimon berkata, rampasan 107 helai jersi jenama Southern Tigers dilakukan dalam Operasi Cap Dagangan kira-kira jam 12 tengahari kelmarin.

Menurutnya, semua jersi itu disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya

“Serbuan sehingga jam 2.30 petang itu mendapati premis berkenaan menjual barangan berjenama Southern Tigers yang tidak mendapat kebenaran dari pemilik cap dagangan iaitu Southern Tigers Sendirian Berhad,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Dalam perkembangan lain, Nor Nekman berkata, Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK negeri turut melakukan serbuan di sebuah syarikat kejuruteraan di Taman Mount Austin, di sini kira-kira jam 12 tengahari, kelmarin.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan diambil dengan menyita satu set komputer dan dua komputer riba yang disyaki mengandungi perisian software milik pemilik hak cipta dengan nilai rampasan keseluruhan RM810,000.

Sementara itu, KPDNKK negeri turut merampas 5,000 cakera optik bernilai RM25,000 dalam serbuan dipremis perniagaan di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Isnin lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");