Panasnya Hari Ini

Krisis MIC: Najib Tegur Palanivel, Henti Salahkan Orang Lain

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah menegur Datuk Seri Palanivel berhubung tindakannya menyalahkan orang lain atas krisis yang dihadapi oleh parti MIC.

Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial Facebook dan Twitternya berkata, beliau akan memanggil Presiden MIC berkenaan dalam masa yang terdekat.

Teguran tersebut adalah susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh Palanivel dalam ucapannya ketika perhimpunan khas yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Palanivel seharusnya berhenti untuk menyalahkan orang lain berhubung masalah yang dihadapi oleh parti MIC berkenaan dan perlu mematuhi segala keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berwajib.

“Saya akan memanggil Datuk Seri Palanivel untuk menjelaskan komen beliau di PWTC seperti yang telah dilaporkan. Beliau perlu berhenti menyalahkan orang lain, dan hendaklah mematuhi keputusan mahkamah dan RoS (Pendaftar Pertubuhan),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu,Palanivel merupakan Presiden MIC yang telah dilantik dalam satu pemilihan pada tahun 2013.

Krisis dalaman MIC telah tercetus apabila RoS membatalkan pemilihan bagi beberapa jawatan dalam parti berkenaan antaranya tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Disember tahun lalu.

Berlaku perbezaan pendapat berkenaan isu pembatalan CWC yang diwujudkan pada Perhimpuan Agung yang berlangsung di Melaka pada bulan November 2013 tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");