Isu Panas

Krisis PR: Pas ‘pengsan’, tak mampu berfungsi baik

KUALA TERENGGANU – Pas masih mempertahankan PR selari dengan keputusan Muktamar Pas ke-61 bahawa Pas tetap kekal dalam pakatan pembangkang.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sekalipun menyifatkan Pas ‘pengsan’ dan tidak mampu berfungsi baik pada masa ini berikutan krisis Pas dan DAP, beliau memberitahu bahawa PR masih boleh berjalan dengan keanggotaan daripada Pas dan PKR.

Menurutnya, sebagaimana pada 2001 apabila DAP secara bersendirian keluar daripada Barisan Alternatif (BA), Pas dan PKR atau KeAdilan pada masa itu tetap meneruskan BA sehinggalah sebelum PRU 2008, apabila DAP bersetuju menyertai Pas dan PKR yang kemudian bertukar nama baharu kepada PR.

“Saya sebut Pas dengan PKR sebagaimana 2001 itu masih boleh berjalan. Dengan DAP dia tidak hendak dah, kita tidak boleh paksa orang tidak hendak. Pas dan PKR masih boleh berjalan berdasarkan pengalaman 2001 dulu. Oleh kerana DAP sudah putus sama sekali, tidak mungkin (bersatu kembali) dengan Pas. Tidak bolehlah. Nak kahwin macam mana orang tidak hendak dekat kita.

“Pas masih bersama PR dari sudut dua daripada tiga. PKR tidak putus dengan Pas, yang putus dengan Pas ini DAP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, PKR memainkan peranan penting dalam mengekalkan PR memandangkan DAP telah pun membuat pengumuman awal bahawa PR sudah tidak wujud.

Ia ekoran Muktamar Pas telah meluluskan usul tergempar Dewan Ulama Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun Mustafa memberitahu dalam konteks Pas, keputusan muktamad belum diputuskan lagi kerana perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama yang belum pun mengeluarkan sebarang keputusan buat masa ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");