Berita Hari Ini

Kru kapal tangki Orkim Harmony dibebaskan pagi tadi

KUALA LUMPUR: Semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM).

Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal MT Orkim Harmony manakala kapal itu diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba jam 2 pagi esok, kata Panglima Tentera Laut seperti dilaporkan dalam Twitter Bernama. Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan.

Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia.

Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing.

MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada ‘Kim Harmon’.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");