Berita Hari Ini

Laluan khas untuk ‘kaki’ telefon

ANTWERP – BELGIUM . Jika sebelum ini, laluan khas dicipta untuk itik di Britain, kini sebuah syarikat telefon pintar di Belgium mencipta sebuah lagi laluan khas untuk sesiapa yang berjalan sambil memandang skrin telefon.

Syarikat telefon pintar, MLAB telah mewujudkan sebuah laluan di bandar Artwerp khusus kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit ketika berjalan.

Memetik laporan Metro.uk, laluan yang dicat berwarna putih bertulis ‘text walking lane’ diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan kerosakan telefon bimbit yang disebabkan pelanggaran yang berlaku semasa berjalan sambil menggunakan telefon bimbit.

Hal ini kerana sebanyak 35,000 telefon bimbit dilaporkan pecah disebabkan pelanggaran semasa pengguna berjalan sambil menggunakan telefon.

Sementara itu, menurut jurucakap MLAB, laluan khas ini juga diwujudkan kerana pihak syarikat mengambil berat mengenai keselamatan pengguna dan mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku akibat tabiat berjalan sambil memandang skrin telefon sehingga mengabaikan keadaan sekeliling.

“Semua orang menaip atau menghantar mesej ketika berjalan sehingga tidak mengambil peduli dengan apa yang ada di persekitaran anda dan tabiat ini menyebabkan insiden perlanggaran sama ada dengan tiang atau pejalan kaki yang lain malah boleh membahayakan nyawa,” katanya.

[[ARTIKEL BERKAITAN: Laluan khas untuk si comel berkaki dua]-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");