Berita Hari Ini

Laluan kontra Taiping Utara – Bukit Merah dibuka

KUALA LUMPUR – Satu laluan kontra dari Taiping Utara ke Bukit Merah, Perak, Selatan akan dibuka di Lebuhraya Utara Selatan selama empat hari bermula Selasa ini.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam kenyataan berkata laluan berkenaan melibatkan KM201.70 hingga KM199.71 lebuhraya berkenaan.

Laluan kontra itu dibuka 24 jam bagi membolehkan kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan di kawasan terbabit, menurut Plus dalam kenyataaan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Plus menasihati semua pemandu yang menggunakan laluan berkenaan supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan pihaknya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");