Perak Hari Ini

Lebih 1,200 Orang di DUN Sungai Manik Terima BR1M Siri 2

SUNGAI MANIK: Seramai lebih 1,200 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi siri kedua hari ini.

Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam satu Majlis Penyampaian BR1M Siri 2 bagi DUN Sungai Manik di sini.

Beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kesemua penerima harus bersyukur dengan bantuan yang diterima berkenaan.

PERAK TODAY 4

Ujarnya, pemberian BR1M berkenaan menunjuk keprihatinan kerajaan kepada rakyat di negara ini.

“Saya telah mengingatkan kepada penerima bahawa ini merupakan sumbangan yang menjadi manifetasi kerajaan berjiwa rakyat, prihatin dan simpati kepada rakyat yang memerlukan khususnya yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Arena Square Chenderung Balai di sini, pagi tadi.

PERAK TODAY 1

Jelasnya, bantuan berkenaan bukanlah satu-satunya bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

“Saya mengambil contoh bahawa negara lain tidak dapat bantuan seperti ini, tetapi negara kita ini menerima banyak bantuan termasuklah pertanian, bantuan persekolahan, bencana alam, ribut dan banjir.

“Jadi, ini merupakan satu nikmat yang rakyat Malaysia rasakan di bawah pentadbiran Kerajaan pada masa ini,” tegasnya lagi.

Terdahulu, majlis berkenaan telah diadakan sebanyak dua sesi yang mana pada sebelah pagi yang dihadiri oleh 767 orang penerima dan pada sebelah petang pula seramai 501 orang penerima.

Pemberian berkenaan termasuklah kepada penerima kategori warga emas yang menerima RM300 bagi fasa kedua manakala penerima bagi kategori bujang yang menerima RM350 sekaligus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");