Jenayah

Lelaki berbaju biru dicari

JELEBU – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu kes samun di sebuah stesen minyak di Simpang Durian di sini, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Nordin Daud berkata, lelaki terbabit dicari selepas imejnya dikesan pada kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, seorang suspek bersenjatakan parang datang ke stesen minyak berkenaan dengan memandu sebuah kereta jenis Proton Wira warna kelabu.

“Suspek kemudiannya telah memberhentikan keretanya di hadapan pintu stesen minyak dan terus meluru masuk ke dalam dan mengugut mangsa mengeluarkan wang yang ada di kaunter dengan parang sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Nordin, ketika kejadian hanya terdapat dua pekerja iaitu penjaga kaunter dan seorang lagi duduk di luar.

Nordin berkata, suspek telah mengambil wang tunai sebanyak RM640, namun mangsa dan rakannya selamat serta tidak dicederakan.

“Berdasarkan CCTV, kita mengesan imej seorang lelaki memakai baju warna biru dan berseluar hitam yang datang ke stesen minyak terbabit.

“Oleh itu, orang ramai yang lelaki berkenaan diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");