Jenayah

Lelaki dituduh cuba culik budak

MANJUNG – Gara-gara tersalah kereta, seorang lelaki dituduh cuba menculik seorang kanak-kanak sehingga gambar kereta miliknya viral di laman sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.39 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun dikatakan dalam keadaan mencurigakan cuba membuka pintu kereta milik seorang wanita di hadapan sebuah butik di Sitiawan, kelmarin.

Pada masa sama, wanita berkenaan turut menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki meronta-ronta di bahagian tempat duduk belakang dalam kereta yang dipandu lelaki terbabit dan menyangka kanak-kanak itu diculik.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, wanita terbabit telah menghubungi suaminya memberitahu kejadian yang disaksikan sebelum membuat laporan di balai polis.

“Siasatan mendapati isteri pengadu melihat suspek berjalan ke arah keretanya dan berasa suspek seolah-olah cuba membuka pintu belakang. Sebelum beredar ke sebuah kereta Proton Gen 2 yang diparkir selang dua kereta dari wanita terbabit.

“Hasil siasatan mendapati isteri pengadu tidak nampak suspek membuka pintu keretanya tetapi hanya perasaannya sahaja. Berdasarkan maklumat, pasukan peronda MPV menemui dan menahan kereta suspek di kawasan Segari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati ia adalah salah faham dan bukan cubaan culik seperti yang disangka wanita terbabit.

“Ketika kejadian, isteri suspek berada dalam kenderaan bersama anak kurang upaya (OKU) itu. Bagaimanapun, Suspek telah dibebaskan berikutan tiada unsur jenayah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");