Panasnya Hari Ini

Letak Jawatan Jika Tidak Bersama- Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meminta agar mana-mana ahli Kabinet enggan bekerjasama dengan beliau dalam usaha memulihkan semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya bertindak meletakkan jawatan.

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Najib memberi kata dua kepada semua anggota kabinet semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.

Difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber, Perdana Menteri menyatakan pendiriannya itu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Perkara yang berlaku di dalam mesyuarat kabinet itu turut dilaporkan oleh portal berita, Malaysia-today.net dan AstroAwani.com.

“Perdana Menteri meminta agar mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan.

“Tetapi tiada seorang pun yang berbuat demikian,”kata sumber berkenaan kepada Utusan Malaysia.

Minggu lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Tan Seri Shahrir Abdul Samad turut menggesa agar menteri yang tidak sependapat dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletak jawatan.

Jumaat lalu, Ahmad Husni turut mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu bahawa 1MDB akan menerima bayaran sebanyak RM3.6 billion selepas memeterai satu perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Katanya lagi, IPIC juga akan membuat bayaran tersebut pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan oleh 1MDB bagi membuat bayaran balik pinjamannya yang bernilai RM3.5 billion lebih awal daripada tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh kumpulan bank antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");