Berita Hari Ini

Lulus RM23 juta beli aset di ESSZONE

Kota Kinabalu: Kerajaan meluluskan dana sebanyak RM23 juta bagi pembelian aset kecil dan segera untuk ditempatkan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, pihaknya akan memberi kebebasan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk membeli aset yang diperlukan itu.

“Dijangka lebih 200 unit aset seperti bot dan pacuan empat roda merangkumi kawalan di perairan dan darat di ESSZONE sudah diluluskan (pembelian) dan akan ditempatkan segera di kawasan terbabit.

“Ketika ini, ESSCOM sedang melihat pembekal yang boleh menyediakan aset-aset berkaitan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ESSCOM dan agensi kerajaan peringkat pusat, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir Komander ESSCOM Datuk Abd Rashid Harun.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");