Laporan Eksklusif

Mahathir Sependapat Dengan Kit Siang

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersependapat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung isu ‘kemewahan’ dirinya yang ditimbulkan oleh beberapa pihak baru-baru ini.

Mahathir berkata, beliau bersetuju dengan Ahli Parlimen Gelang Patah itu yang mempertikaikan tawaran yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membongkar jumlah harta beliau.

“Saya tak selalu bersetuju dengan Kit Siang, tapi pada hari ini, saya setuju dengannya,” katanya memetik laporan daripada mStar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan menulis esei dan foto 2014 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas persoalan yang ditimbulkan oleh Kit Siang berhubung ‘tempoh masa’ tawaran RM1 juta yang ditawarkan oleh kumpulan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM).

NGO berkenaan baru sahaja ditubuhkan pada bulan lalu.

Kit Siang berkata, terdapat beberapa keraguan yang timbul berikutan tawaran yang dibuat sedangkan pada ketika ini, Mahathir sedang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meletak jawatan.

Beliau turut mempersoalkan berkenaan tawaran RM1 juta yang tidak dibuat semasa pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun.

“Adakah tawaran tersebut akan mengakibatkan mereka dihumban ke penjara sebelum tawaran dapat dibuat?” soal Kit Siang.

Bagaimanapun, Tun Mahathir sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan tersebut dan enggan mengulas lanjut berkenaan isu berkenaan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.

“Saya harap mereka akan memperolehi lebih banyak juta,”katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Pengerusi CAGM, Md Zainal Abidin telah membuat tawaran kepada mana-mana pihak yang dapat memberi maklumat mengenai harta dan wang tunai yang dimiliki oleh Tun Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");