Panasnya Hari Ini

Majlis Syura Ulama Bermesyuarat Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS akan membincangkan dan memutuskan pendirian parti itu susulan krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) melalui satu mesyuarat yang dijangka akan diadakan pada minggu depan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, masa yang dirasakan sesuai untuk Majlis Syura Ulama PAS adalah minggu depan selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung pada 6 Jun lalu.

“Ahad ini, PAS Pusat akan bermesyuarat dahulu. Banyak isu besar yang akan dibincangkan termasuklah isu berpecah.

“Jadi minggu depan saya jangka Majlis Syura Ulama juga akan adakan pertemuan. Lagi pun muktamar sudah dua minggu berakhir, ini adalah masa yang sesuai untuk duduk berbincang,” katanya, memetik laporan Mstar.

Sementara itu, menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Muhammad Zawawi, tarikh sebenar untuk mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah ditetapkan, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

“Maaf, saya tak boleh beritahu tarikh. Tapi memang sudah ditetapkan tarikh, masa dan tempatnya,” tegas beliau.

Ujarnya, usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diterima tanpa bahas dalam Muktamar Tahunan PAS yang lalu akan menjadi fokus utama.

Beliau turut berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan berhubung krisis Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP memutuskan bahawa ianya tidak lagi wujud.

“Isu berkaitan usul ini akan menjadi agenda utama mesyuarat itu nanti.

“Juga kita akan bincangkan mengenai perkembangan terbaharu krisis PR apabila DAP umumkan bahawa tiada lagi pakatan,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");