Berita Hari Ini

Malaysia, Thailand hapus halangan perdagangan

BANGKOK – THAILAND. Malaysia dan Thailand menyasar untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$30 bilion menjelang 2018, akan menubuhkan kumpulan kerja bagi meneliti isu-isu yang menjadi halangan perdagangan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kedua-dua negara yakin dapat mencapai angka yang lebih tinggi itu walaupun tahun lepas perdagangan dua hala susut 1.2 peratus kepada AS$24.4 bilion dengan? eksport Malaysia bernilai AS$12.3 bilion manakala imports sebanyak AS$12.1 bilion.

Thailand merupakan rakan dagang Malaysia kelima terbesar dan Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand.

“Kedua-dua negara akan berusaha untuk mengurangkan halangan perdagangan, kata Mustapa pada sidang akhbar bersama Menteri Perdagangan Thailand Jeneral Chatchai Sarikulya selepas mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Kedua di sini, semalam.

Mesyuarat JTC terakhir antara kedua-dua negara diadakan pada 2005 tetapi kedua-dua pihak telah memutuskan untuk tidak menunggu lama untuk mengadakan pertemuan berikutnya, kata beliau dan mengumumkan yang JTC ketiga akan berlangsung di Kuala Lumpur tahun depan.

JTC meliputi bidang perdagangan dan pelaburan yang luas kecuali melibatkan sektor kewangan.

Malaysia mempunyai JTC dengan 20 negara dan yang lainnya termasuk Indonesia, Vietnam, India, China dan Australia.

Sementara itu, Chatchai berkata, sasaran AS$30 bilion berkenaan boleh dicapai dan yakin perdagangan antara kedua-dua negara akan meningkat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");