Perak Hari Ini

Malindo Air Bakal Lancar Penerbangan Harian Ipoh -Singapura

IPOH: Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air bakal melancarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Ipoh ke Singapura bermula pada 14 Julai depan.

Penerbangan tersebut adalah sejajar dengan perancangan Malindo Air untuk mengukuhkan kedudukan dan menghubungkan bandar-bandar domestik serta antarabangsa, kata syarikat berkenaan dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Pada masa ini, Malindo Air telah menawarkan harga tiket serendah RM128 sehala termasuk peruntukan bagi bagasi 20 kilogram, hiburan semasa penerbangan dan juga minuman ringan.

Ia boleh didapati secara atas talian di www.malindoair.com dan juga disemua kaunter penjualan tiket penerbangan Malindo Air.

Perkhidmatan penerbangan harian berkenaan akan berlepas dari LapanganTerbang Changi, Singapura (Terminal 3) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh kira-kira jam 11.25 pagi.

Manakala, penerbangan tersebut akan berlepas semula dari LTSAS pada jam 12.10 tengahari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Malindo Air, Chandran Rama Murthy berkata, syarikat penerbangan berkenaan sedang berkembang pesat dalam perancangannya untuk memperluaskan rangkaian penerbangan bagi menyambungkan bandar-bandar domestik dan antarabangsa.

“Pihak kami akan menambah pesawat baru, yang mana dua daripada lapan pesawat yang ditempah telah pun kita terima.

“Kami akan segera menambah kekerapan penerbangan dan menggerakkannya untuk laluan serantau yang baharu,” kata beliau.

Penerbangan bagi laluan baharu Ipoh ke Singapura merupakan sebahagian daripada strategi syarikat Malindo Air untuk meluaskan rangkaian penerbangannya.

Dengan adanya dua pesawat baharu Boeing B737NG berkenaan, ia akan meningkatkan lagi jumlah pesawat yang beroperasi di lapangan terbang tersebut kepada 21 buah yang terdiri daripada 10 pesawat Boeing dan 11 pesawat ATR 72-600.

Malindo Air dijangka akan menerima enam buah pesawat jenis B737NG pada bulan Disember tahun ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.malindoair.com atau mengemukan pertanyaan dengan menghantar email kepada [email protected].

Orang ramai juga boleh menghubungi pusat panggilan Malindo Air di talian 03 78415388 bermula pada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Maklumat juga boleh diperolehi daripada laman media sosial Facebook di facebook.com/MalindoAirMalaysia atau Twitter di twitter.com/Malindo_Air; atau Instagram di instagram.com/malindoair.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");