Sukan Hari Ini

Man City ‘Kejar’ Jack Wilshere

MANCHESTER City dilapor akan menjadikan Jack Wilshere sebagai pemain yang bakal tiba di Etihad pada Julai ini untuk menyarung jersi kelab berkenaan.

Berikutan itu, City dilapor akan membida pemain England tersebut pada harga £30 juta.

Bidaan terbaru itu mula dihebohkan media England selepas Liverpool menolak tawaran bernilai £40 juta yang dikemukakan City untuk mendapatkan Raheem Sterling.

City mula mengalih perhatian terhadap pemain Arsenal berkenaan selepas melihat urusan bagi mendapatkan Sterling agak berliku gara-gara sikap pimpinan Liverpool.

City kini terdesak untuk mendapatkan pemain tempatan bagi mengisi kuota pemain nasional dalam skuad bimbingan Manuel Pellegrini.-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");