Perak Hari Ini

Mapex Perak 2015 Tawar Hartanah Berjumlah RM4.5 Bilion

IPOH: Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) Perak 2015 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ini di pusat beli belah Ipoh Parade di sini menawarkan hartanah berjumlah RM4.5 bilion.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Redha) Perak, Tony Khoo Boon Chuan berkata, jumlah berkenaan adalah merupakan bilangan yang paling besar setakat penganjurannya di negeri ini.

Beliau berkata, ekspo pada kali ini melibatkan sebanyak 51 ruang pameran daripada pelbagai pemaju hartanah di negeri ini dan beberapa negeri lain.

“Seramai 31 pemaju hartanah telah terlibat dalam penganjuran ekspo yang akan berlangsung selama tiga hari yang buat julung kalinya diadakan di dalam pusat membeli belah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Mapex 2015 di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
PERAK TODAY 1

Tambah Tony lagi, peningkatan bilangan penyertaan pada kali ini menunjukkan bahawa para pemaju hartanag mempunyai keyakinan terhadap pasaran hartanah di negeri Perak.

Kata beliau lagi, pihaknya menjangkan kehadiran seramai 10,000 pengunjung untuk datang ke ekspo yang akan berlangsung bermula pada 19 hingga 21 jun nanti.

“Kami menjangkakan pada suku kedua tahun ini, ekonomi akan menjadi lebih baik dan akan menyumbang kepada kemajuan pesat dalam pasaran hartanah di negeri Perak.

“Ekspo ini juga dilihat dapat membantu lebih ramai pembeli rumah di Malaysia untuk memperolehi rumah idaman mereka dengan harga yang sangat berpatutan,” tambah beliau.

Jelasnya, pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh industri berkenaan.

“Ia termasuklah bagi mendepani masalah ekonomi yang tidak menentu disamping kenaikan kos pembinaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");