Berita Hari Ini

Martabat kebudayaan setiap negeri

KOTA BHARU – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) menyediakan 1,600 program, bukan sahaja bertumpu kepada dikir barat, sebaliknya melibatkan seni pementasan dan adat resam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Norliza Rofli berkata, sehingga Mei lalu, 500 program telah dilaksanakan dan berbaki 1,100 lagi akan diadakan sehingga Disember tahun ini.

“Jabatan merancang pelaksanaan program untuk tempoh satu tahun, yang mana 1,600 program seni budaya, pementasan, adat resam seperti cukur jambul, juga merangkumi semua penerbitan dan kajian untuk tahun ini.

“Setiap negeri mengadakan program yang sama tetapi pengisian berbeza iaitu berdasarkan teras mengikut negeri itu sendiri, misalnya dikir barat bagi Kelantan dan boria di Pulau Pinang dalam usaha mengangkat kebudayaan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dikir Barat Perdana 2015, di JKKN Kelantan, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Syarifah Zarah Syed Ahmad yang menyaksikan persembahan daripada 150 pendikir tradisional dan kreatif selama lebih satu jam.

Norliza berkata, waktu paling rancak untuk pelaksanaan program seni dan budaya ialah Julai hingga September sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Jumlah 1,600 program ini juga termasuk acara bimbingan seni budaya yang jabatan laksanakan di 500 sekolah di seluruh negara,” katanya.

Katanya, dikir barat yang dipersembahkan melahirkan pelbagai mesej mengenai komuniti, kasih sayang, hormat-menghormati ibu bapa, multimedia dan kemajuan teknologi baharu yang boleh menjadi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Sementara itu, Syarifah Zarah mengumumkan sebanyak RM20,000 disumbangkan kepada pendikir di negeri ini sebagai menghargai usaha mereka.

“Sumbangan ini dibahagikan kepada 50 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Islah, 25 penggiat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 1, manakala 25 orang dari Sound Creative, 25 pula dari Anak Manja dan 25 panglipur lara,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");