Panasnya Hari Ini

Masjid Jamek Kampung Baru Agih Bubur Lambuk Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Negara ini bakal menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan menjalani ibadah puasa mulai esok.

Seperti kebiasaannya,pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru juga turut tidak ketinggalan menyediakan persiapan bagi memasak bubur lambuk yang sudah sinonim dengan masjid itu.

Selaku jawatankuasa perayaan masjid, Moiden Ali berkata segala persiapan termasuk bahan-bahan yang akan digunakan telah disediakan secara berperingkat-peringkat.

“Setakat ini kami telah menyediakan bahan-bahan kering seperti rempah-ratus bagi pengagihan bubur lambuk selama 15 hari, manakaka bahan lain seperti beras, minyak, dan gas masak akan ditaja beberapa pihak.

“Kami akan mula memasak serta mengagihkan bubur pada hari pertama Ramadan,”katanya, memetik laporan daripada Mstar.

Katanya lagi, kebiasaanya sebanyak 15 hingga 20 periuk bubur lambuk akan disediakan dari hari pertama puasa sehingga pertengahan bulan Ramadhan, tetapi jumlah tersebut akan berkurangan menjelang penghujung bulan puasa.

Moiden turut berkata, seramai 30 kakitangan Masjid Jamek akan ditugaskan untuk memasak dan mengagih bubur lambuk kepada orang ramai.

“Antara lapan hingga 10 orang akan ditugaskan untuk memasak bubur lambuk pada sebelah pagi dan 10 lagi akan membungkus bubur tersebut.

“Manakala lapan yang lain akan ditugaskan mengagih bubur lambuk kepada orang ramai,”jelasnya.

Tambahnya lagi pihak pengurusan masjid telah memperuntukkan RM7,500 hingga RM10,000 sehari untuk menyediakan bubur lambuk tersebut.

“Kadang-kala ada individu atau syarikat yang sudi menaja kos untuk menyediakan bubur lambuk tersebut.

“Sekiranya tiada pihak yang menaja bubur lambuk pada hari-hari lain, maka pihak masjid yang akan menanggung kos tersebut,”katanya.

Menurutnya lagi, peruntukan tersebut daripada pihak masjid dan juga hasil sumbangan daripada orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");