PERANCANG tengah Chile, Matias Fernandez tidak beranggapan pasukannya pilihan apabila berdepan Peru aksi separuh akhir Copa America 2015, Selasa ini.
Jelasnya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata walaupun Chile beraksi di laman sendiri.
Apa yang pasti Fernandez menjelaskan, mereka akan beraksi sebaik mungkin bagi menempah tiket ke final.
“Kami sudah bersedia. Matlamat kami adalah mara ke pentas final.
“Peru mempunyai pemain yang berkemahiran dan ia sudah terbukti dalam kejohanan ini. Kita akan lihat aksi itu nanti,” katanya.
Chile melangkah separuh akhir selepas menumpaskan Uruguay, 1-0 manakala Peru pula membelasah Bolivia, 3-1.-sinar harian
Komen & Pendapat