Panasnya Hari Ini

Meteorologi Nafi Khabar Angin Tsunami Berlaku Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan khabar angin mengenai tsunami dan ribut kuat akan melanda beberapa buah negeri di Negara ini yang tersebar luas di media sosial, terutamanya melalui aplikasi Whatsapp.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diterima tanpa bukti yang lengkap.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang subernya bukan dari MetMalaysia.

“Orang ramai juga boleh mengesahkan maklumat yang diterima dengan merujuk laman sesawang MetMalaysia, www.met.gov.my atau melalui mobile web rasmi jabatan berkenaan, m.met.gov.my,”kata MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman Facebook MetMalaysiawww.facebook.com/malaysiamet atau Twitter, twitter.com/malaysianmet, serta boleh menghubungi terus ditalian Hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

Terdahulu, khabar angin tersebut tersebar di laman media sosial iaitu mengenai amaran tsunami dan gempa bumi yang dikeluarkan oleh Jepun dan dikatankan juga akan menjejaskan Malaysia.

Antara bandar dan negeri yang terjejas sperti Kuala Lumpur, Bukit Tinggi, Seri Manjung, Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");