Sukan Hari Ini

Michelle tempelak pengadil

Santiago: Presiden Chile, Michelle Bachelet (gambar) memperlekehkan pengadil pada Copa America semalam, sehari selepas dua keputusan ofsaid menafikan peluang pasukan bola sepak negara itu menang ketika menentang Mexico.

Topik sidang akhbar bukannya bola sepak sebaliknya undang-undang baru mempromosikan pelaburan asing. Namun Michelle sempat menyindir pegawai perlawanan apabila menggunakan kesamaan antara perkataan Sepanyol terhadap pengadil “arbitro” dengan perkataan keputusan “arbitrario.”

“Kami diberi jaminan sebagai contoh tiada diskriminasi mengenai arbitrary, perkataan yang menyedihkan buat rakyat Chile hari ini: arbitrary yang dilihat hampir sama dengan perkataan arbitro,” kata Michelle.

Sindiran Michelle ditujukan kepada dua keputusan ofsaid pada 30 minit terakhir perlawanan menentang Mexico kelmarin.

Chile terpaksa berpuas hati dengan seri 3-3 selepas dua gol dibatalkan kerana ofsaid. Keputusan itu menyebabkan kemarahan jurulatih Chile, Jorge Sampaoli, yang berasakan pasukannya patut menang.

“Saya mendapati kerana beberapa alasan pengadilan tidak memuaskan,” jelas Michelle. – Reuters
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");