Sukan Hari Ini

MSN mula langkah awal Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR, 30 Jun:
Majlis Sukan Negara (MSN) memula langkah awal sebagai persediaan selari dengan status Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Dengan hasrat mengungguli temasya dwitahunan itu, lebih 1,000 atlet bakal menyertai Program Sukan SEA 2017 dari 6 hingga 9 Julai ini di MSN.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata program tersebut akan turut mendapat kerjasama lebih 40 persatuan sukan.

“Di sini kita akan mengadakan bengkel bagi mengenal pasti kumpulan atlet pertama yang akan dilibatkan dalam program latihan tersebut.

“Selepas Aidilfitri, kita akan menyediakan pula program latihan bersama jurulatih,” katanya dan menambah program itu mempunyai tiga fasa.

Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA apabila menjadi tuan rumah pada 2001 dan mahu mengulangi kejayaan itu sempena 60 tahun kemerdekaan negara pada 2017.

-therakyatpost.com/Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");