Laporan Eksklusif

MTOH: Najib Rakam Terima Kasih Usaha Selamatkan Anak Kapal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan penghargaan ke atas usaha semua pihak bagi menyelamatkan kesemua anak kapal tangki MT Orkim Harmony.

“Alhamdulillah, kesemua 22 kru kapal Orkim Harmony telah selamat dibebaskan pagi ini. Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk memastikan mereka bebas dengan selamat,” tulisnya, di laman mikro Twitter, hari ini.

Menurut sumber daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), 22 anak kapal tersebut telah berjaya dibebaskan kira-kira sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Terdahulu Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang dan ditemui di perairan Kemboja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");