Isu Panas

Muktamar makin panas kerana usul putus dengan DAP

KUALA SELANGOR – Suasana Muktamar Tahunan Pas ke-61 makin panas apabila para perwakilan bangun mempersoal tindakan Muktamar yang menerima usul putus hubungan DAP-Pas tanpa dibahaskan.

Terbaharu, Perwakilan dari Marang, Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan Muktamar Pas yang menerima usul tanpa bahas seolah mengabaikan suara-suara Dewan Ulama.

“Usul yang penting mesti dibahas. Usul tersebut merupakan usul yang dicadang dan dibuat secara sebulat suara, dengan kuasa veto Muktamar Dewan Ulama.

“Kalau ia dibahaskan kesannya akan melibatkan masa depan hubungan DAP dan Pas, juga PR,” katanya selain mendesak muktamar membenarkan ahli perwakilan membahas usul tersebut.

Suasana semakin panas apabila seorang perwakilan dari Sabah turut mencelah menyokong dan mendesak dewan membahaskan usul tersebut.

“Persoalan PR adalah persoalan yang penting. Ini persoalan tahaluf siyasi. Ini muktamar! Jangan sampai ulama sahaja yang dipersalahkan dalam memutuskan perkara ini!

“Ini perkara penting jangan main-main! Saya sokong perwakilan Marang!” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");