Isu Panas

Muktamar Pas kali ini bukan penentu nasib PR

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menepis dakwaan bahawa Muktamar Pas ke-61 yang akan berlangsung minggu ini menjadi pemutus kepada kerjasama parti itu dalam PR.

Menurutnya, tiada seorang pun pimpinan tertinggi Pas yang berpendirian? untuk keluar dari PR

“Macam-macam kenyataan? yang keluar. Ada yang buat kenyataan muktamar nanti jadi pemutus kepada PR. Tak betul itu.

??”Tak ada seorang pun pimpinan tertinggi Pas yang buat pendirian nak keluar dari PR…Jadi, tak betul nyawa PR bergantung kepada muktamar nanti.

“Apa yang dikatakan bahawa tunggulah muktamar Pas, maka akan berlaku kesannya, hujah itu tak betul,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Pada sidang media sama, beliau mengesahkan? pihaknya tidak menerima sebarang usul dikemukakan perwakilan berkaitan perkara itu.

?”Muktamar ada beberapa kaedah pertama usul kedua ucapan dasar. Tapi tidak ada usul yang minta Pas keluar PR diterima.

“(Kandungan) Ucapan dasar juga tak ada yang sebut Pas keluar dari PR. Tak ada…tak ada ruang,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui pemilihan kali ini hangat berbanding pemilihan sebelum ini.

“Tahun ini tahun pemilihan seperti biasa yang kita buat dua tahun sekali. Tapi mungkin sebab zaman media sosial jadikan pemilihan Pas ini hangat. Saya akui,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan menyebut bahawa Presiden Pas dan Majlis Syura Ulama boleh mencadangkan untuk Pas keluar daripada pakatan pembangkang tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");