Jenayah

Nahas depan SK Pulau Serai

DUNGUN – Empat cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Hyundai dan Perodua Myvi di hadapan SK Pulau Serai, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 pagi itu, kedua-dua kenderaan itu dipercayai bertembung menyebabkan tiga mangsa tersepit.

Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Dungun dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun ketiga-tiga mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi.

Menurut jurucakap bomba, keempat-empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

“Anggota bomba menerima panggilan lebih kurang jam 7.37 pagi dan tiba ke lokasi beberapa minit kemudiannya.

“Ketika tiba di lokasi seorang pemandu dan penumpang lelaki yang menaiki Perodua Myvi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan kami tiba.

“Manakala seorang pemandu lelaki yang menaiki Hyundai juga telah dikeluarkan oleh orang awam dan penumpang wanita berjaya keluar sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Dungun menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");