Panasnya Hari Ini

Najib Jelas Pelaburan KWSP Dalam 1MDB Hanya RM200 Juta

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB terhad kepada RM200 juta sahaja.

Memetik sumber daripada laman Portal Therakyatpost, pelaburan badan berkenaan terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion dengan jaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan.

“Pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank,” katanya.

Tambah beliau lagi,setakat 31 Mac lalu sebanyak RM79.99 bilion dicatatkan bagi jumlah pembiayaan KWSP kepada GLC .

“50 peratus daripada saiz pelaburan KWSP adalah dilaburkan di dalam Instrumen Berpendapatan Tetap yang turut merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf serta Pinjaman dan Bon bagi kedua-dua mandat domestik dan global.

“Oleh yang demikian, pulangan KWSP secara semula jadinya adalah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan inflasi,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab pertanyaan ahli Parlimen PAS-Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini.

Tambah Najib, KWSP juga akan terus melabur dan mempelbagaikan pelaburan dalam kelas aset Ekuiti dan Inflasi bagi menjana pulangan pelaburan yang optimum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");