Laporan Eksklusif

Najib Ucap Selamat Berjaya Kepada Kontinjen Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengucapkan selamat berjaya kepada kesemua atlet dan wakil negara yang akan menyertai Temasya Sukan Sea di Singapura, Jumaat ini.

Najib menyampaikan ucapan itu melalui laman Twitternya, hari ini.

“Selamat berjaya kepada semua atlet dan wakil negara di Sukan Sea. Make us proud! #SayaTeamMalaysia #SukanSea2015,” tulis beliau di dalam laman Twitter miliknya.

Malaysia akan menyertai 35 acara daripada 36 acara yang dipertandingkan.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 658 atlet dan 206 pegawai.

Singapura menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea Ke-28 yang akan bermula dari 5 Jun sehingga 16 Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");