Panasnya Hari Ini

Nothing 2 Hide: Penulis Blog Dakwa Tun M Akan hadir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad dikatakan bakal menghadiri program ‘Nothing 2 Hide’ yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjawab pelbagai persoalan dalam sesi dialog berkenaan.

Kehadiran Mantan Perdana Menteri tersebut disebarkan menerusi  penulisan sebuah blog dinturtle.blogspot.com dan turut dilaporkan laman portal, Freemalaysiatoday.com hari ini.

Program ‘Nothing 2 Hide’ dijangka berlangsung pada Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut laman blog berkenaan, dinturtle turut mendakwa mendapat maklumat kehadiran mantan Perdana Menteri itu daripada sumber yang boleh dipercayai.

“Ini berita terbaru yang diterima dari seseorang yang boleh dipercayai.

“Kalau sebut namanya pun ramai akan setuju dengan kata-katanya yang boleh dipercayai namun atas permintaannya, namanya saya tidak siarkan.

Menurutnya, Tun sendiri memaklumkan kepadanya,” tulisnya.

Katanya lagi, Mantan Perdana Menteri tersebut dijangka hadir bagi menyahut cabaran yang dibuat oleh pihak tertentu.

Memetik sumber daripada Mstar, program dialog bersama perdana menteri yang dikenali sebagai Nothing2 Hide itu merupkan sesi soal jawab bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, yang dianjurkan dan dikendalikan oleh Sukarelawan Peguam (SukaGuam).

Ia juga dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");