Sukan Hari Ini

Pahang perlu kerja keras

BUKAN cabaran yang boleh dipandang mudah buat Tok Gajah selepas pasukan itu diundi berdepan wakil Tajikistan, Istiklol FC dalam aksi suku akhir Piala AFC.

Bertandang ke laman lawan di Stadium Central Republican, Dushambee terlebih dulu pada 26 Ogos dan beraksi di laman sendiri pada 16 September depan, pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan sedar cabaran getir menanti anak buahnya.

Menurutnya, usaha keras diperlukan pasukannya untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi meneruskan langkah ke pusingan separuh akhir.

Bekas pemain kebangsaan itu memberitahu, berada pada tahap tersebut sudah pasti memberi pengalaman paling berharga buat pemain Pahang sekali gus membantu meningkatkan kualiti permainan skuad itu.

“Bagi saya layak ke suku akhir begitu menggembirakan dan sudah pasti kejayaan ini diharap dapat dilakukan dengan lebih yakin untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini.

“Namun, pemain perlu tahu cabaran besar menanti memandangkan lawan bukan calang-calang pasukan kerana mereka adalah sebuah pasukan terbaik di negara mereka,” katanya.

Menurut Zainal Abidin, pasukannya perlu membuat persediaan lebih rapi kerana perjalanan panjang sehingga 16 jam ke Tajikistan.

“Pemain perlu bijak dan memberikan komitmen terbaik mereka apabila beraksi di laman lawan untuk suku akhir pertama kerana saya difahamkan mereka memiliki barisan pemain terbaik.

“Sudah berada hingga di peringkat ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan sasaran beraksi hingga ke pentas final boleh dicapai,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");