Perak Hari Ini

PAS Lahir Rasa Syukur, Sultan Perak Beri Pengampunan Kepada 11 Banduan

IPOH: PAS Kawasan Kuala Kangsar melahirkan rasa syukur apabila kesemua 11 banduan yang dipenjarakan atas kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram tahun 2009 telah mendapat pengampunan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Yang DiPertuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, pembebasan berkenaan memberi satu makna yang cukup besar kepada seluruh rakyat negeri Perak dan dapat memartabatkan Institusi DiRaja, terutamanya di negeri Perak.

”Pada 18 Mac lalu, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah memutuskan bahawa mereka semua dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 setiap seorang,” katanya melalui satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya telah dimaklumkan bahawa ahli keluarga banduan berkenaan telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan Negeri Perak agar mereka semua diberikan pengampunan, dan usaha berkenaan telah membuahkan hasil.

“Kami menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas pembebasan tersebut.

“Kami melahirkan rasa bersyukur kerana kesemua pesalah tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, dalam Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan Bilangan 2/2015 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak pada 17 Jun 2015 iaitu sehari sebelum Ramadhan, Baginda telah menitahkan supaya 11 banduan yang telah disabitkan kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac yang lalu (berakhir pada 2 Oktober 2015) atas kesalahan melibatkan diri dalam perhimpunan haram, diremitkan hukuman penjara dan dibebaskan berkuatkuasa pada hari ini (18 Jun 2015).

Ia bagi membolehkan kesemua banduan berkenaan menunaikan ibadah puasa dan menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi bersama kaum keluarga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");