Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Berpatah Balik

KUALA LUMPUR: PAS tetap dengan pendirian untuk tidak berpatah balik mengenai usul memutuskan segala kerjasama politik dengan rakan sekutunya, DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kredibiliti PAS akan tercalar sekiranya parti itu bertindak berpatah balik daripada keputusan usul tanpa bahas pada muktamar yang berlangsung pada minggu lalu.

“Jika kita pernah berpatah balik, orang Islam di Negara ini akan memandang negative terhadap PAS yang memperjuangkan Islam.

“Pasti mereka akan kata PAS tidak konsisten, maka, imej kami akan buruk,” katanya, memetik laporan daripada Sinar Harian.

Katanya lagi, PAS juga akan dilihat lebih mementingkan jawatan berbanding prinsip parti itu sendiri sekiranya mengambil keputusan untuk bekerjasama semula dengan DAP.

Mahfuz turut berkata, Dewan Ulama PAS Pusat telah sebulat suara meluluskan usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dikemukan oleh ahli jawatankuasanya sendiri.

“Sebenarnya sebahagian Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama adalaha Ahli Majlis Syura Ulama. Jadi secara prinsipnya Majlis Syura telah memutuskannya.

“Apa pun, kita tunggu ia dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Syura nanti,”tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");