Isu Panas

PAS Tinggalkan DAP

KUALA LUMPUR: Usul  memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP itu diambil pihak PAS berikutan tindakan parti tersebut seolah-olah tidak menghormati prinsip, polisi dan dasar PAS selama ini.

Memetik sumber daripada Therakyat post, usul tersebut telah dikemukakan oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Rabu lalu dan telah diluluskan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama tanpa dibahaskan.

PAS dikatakan juga masih kekal di dalam anggota Pakatan Rakyat (PR) hanya sebagai satu kerjasama politik sahaja dan sebagai langkah  menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 19 Syaaban 1436 bersamaan 6 Jun 2015 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dengan sesungguhnya menuntut dan menggesa PAS Pusat mempertegaskan kepada rakan PR agar meghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.

“PAS Pusat tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan, menurut usul-usul Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang diedarkan awal pagi ini.

Keputusan itu juga diambil setelah pertikaian pendapat yang dihadapi di antara PAS dan DAP termasuklah tindakan berani pihak DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kekal bersama PAS.

“PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat,” menurut laporan Therakyatpost lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");