Jenayah

Pasangan kekasih antara ditangkap

BANDARAYA MELAKA – Sepasang kekasih merupakan antara lima orang yang ditahan polis dalam dua operasi anti-dadah di Bakar Batu, Kandang, dan Tangga Batu, semalam.

Pasangan berusia 20 dan 35 tahun itu ditahan dalam satu serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sebuah rumah di Bakar Batu, Kandang, kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut sumber, kedua mereka cuba melarikan diri menerusi pintu belakang rumah berkenaan selepas menyedari kehadiran polis.

“Bagaimanapun, tindakan mereka tidak berhasil memandangkan polis telah terlebih dahulu mengepung rumah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, polis turut berjaya merampas dadah jenis syabu dan heroin dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000 dari rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Kominisor, Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");