Perak Hari Ini

Pasar Tani Baharu Beri Manfaat Kepada 3,000 Penduduk Bidor

BIDOR: Pasar Tani Simpang Tiga, di sini yang mula dibuka pada 25 April yang lalu akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk setempat berikutan ianya menawarkan harga barangan yang lebih murah berbanding pasar-pasar awam yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) Negeri Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan berkata, kedudukan pasar tani tersebut terletak di lokasi strategik yang mana ianya dilingkungi oleh taman-taman perumahan dan juga kawasan kampung.

“Ianya telah dibuka sejak 25 April lalu dan sambutan yang kita dapati daripada minggu ke minggu semakin lama semakin hangat daripada penduduk Bidor.

“Dengan adanya pasar tani ini, hasrat kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat, terutama dalam membeli barang-barang keperluan dapur dengan harga yang lebih murah berbanding di pasar-pasar awam yang lain,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Simpang Tiga, di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, pasar tani berkenaan merupakan pasar tani yang ke-27 telah dibuka di negeri itu.

PERAK TODAY 6

Tambahnya, antara objektif pasar tani adalah untuk memasarkan barang-barang pertanian yang diusahakan oleh petani itu sendiri dan dijual dengan harga yang lebih fleksibel.

“Kita dapat lihat harganya lebih murah di antara lima sehingga 20 peratus ditawarkan di pasar-pasar tani ini.

“Sudah pasti bahawa pengguna mempunyai alternatif untuk memilih sama ada mereka membeli di pasar tani atau di pasar-pasar awam,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Samsuddin turut mengingatkan kepada pengguna supaya tidak melakukan pembelian barangan secara panik menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi.

“Kita dengar khabar angin yang kata barang ini akan naik harga, dan kita beli secara berlebihan yang akan menyebabkan barang akan berkurangan di pasaran dan akhirnya akan menjadi masalah kepada pengguna.

PERAK TODAY 11

“Kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan melalui agensinya, kita akan memastikan bahawa barang-barang keperluan rakyat terkawal dan mencukupi,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa berjimat dalam berbelanja bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sebagai pengguna, kita perlu menggunakan wang kita untuk tujuan-tujuan yang lebih baik daripada membeli barang-barang yang tidak perlu,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");