Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PasMa Sedia Bekerjasama Dengan DAP, PKR

KUALA LUMPUR: Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya kedua-dua parti politik itu ingin membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu.

Phahrolrazi berkata, kerjasama itu akan turut melibatkan parti Islam baharu yang akan ditubuhkan sebagai komponen dalam pakatan baharu tersebut.

“Saya lebih awal mengatakan Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud dan sekarang telah disahkan oleh DAP.

“Sebelum ini, saya ada bagi dua cadangan iaitu mewujudkan pakatan baharu menerusi parti politik pembangkang dan perlu diwujudkan juga parti Islam baharu untuk menggantikan PAS sebagai salah satu komponen dalam pakatan itu,” katanya memetik laporan daripada Mstar, .

Beliau turut berkata, PasMa sebagai NGO akan terus menyokong DAP dan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu lagi, NGO itu akan terus memberi sokongan kepada pakatan baharu dan akan berusaha untuk menarik pengundi untuk menyokong semua parti-parti komponen dalam pakatan tanpa penyertaan PAS.

“Peranan PasMa adalah menyokong, maka ertinya kita bekerjasamalah.

“Dengan DAP pun kita kerjasama, PKR pun sama. Kita NGO penyokong pakatan pembangkang,” tegasnya.

Terdahulu, Phahrolrazi telah mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang menyokong pembangkang dan akan memainkan peranan seperti PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");