Panasnya Hari Ini

Peguam Anwar Tiba Lewat, Dakwa Disabotaj

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Rafie Mohd Shafie mendakwa peguam Datuk Seri Jamil Khir Baharom mensabotaj kes tersebut berikutan kelewatannya untuk hadir bagi mengendalikan kes rayauan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Syariah dekat sini hari ini.

Memetik sumber daripada laman Freemalaysiatoday hari ini, berikutan kelewatan tersebut Kes rayuan qazaf sepatutnya didengar hari ini terpaksa ditangguhkan.

Rafie tiba mahkamah sekitar jam 11 pagi sedangkan kes tersebut sepatutnya didengar sekitar jam 9 pagi tadi.

Rafie turut mendakwa, peguam Datuk Seri Jamil Khir Baharom cuba mensabotaj kes itu kerana notis yang dihantar kepadanya menyatakan bahawa kes tersebut akan berlangsung jam 11 pagi.

“Ini surat yang kami terima, jadi kami hadir sebelum 11 pagi seperti yang terkandung dalam surat pemberitahuan ini,” katanya sambil menunjukkan surat pemberitahuan itu.

“Kita mahu kes ini didengar dan Anwar perlu diberi peluang untuk berhujah,” menurut sumber Freemalaysiatoday lagi.

Terdahulu, Peguam Jamil Khir, Roslizam Rahim yang hadir di perkarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi itu turut berbincang dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Mohd Khairul Nizam Kassim, berikutan kelewatan kehadiran peguam Anwar.

Jelas Roslizam, sepatutnya Anwar hadir hari ini bagi menjawab afidavit dan melantik peguamnya.

“Oleh kerana Anwar gagal berbuat demikian, mahkamah telah memutuskan memberi Anwar masa sehingga 6 Julai untuk menjawab afidavit anak guam saya dan untuk Anwar melantik peguam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");