Membawang Hari Ini

Pelawak jadi gagap

Meskipun bakatnya dicungkil menerusi program penca­rian pelawak, namun siapa sangka Suffian Shafri Ibrahim atau Pian, 28, mampu beraksi sebagai pelakon. Pian yang juga anggota kumpulan Kepoh kini muncul menunjukkan bakat lakonannya menerusi dua drama, Rubber Band dan Dia Isteri Luar Biasa di TV3.

Kedua-dua drama lakonan Pian itu boleh disaksikan penonton menerusi slot Iris setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang dan slot Akasia, jam 7 malam. Ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini, Pian berkata, dia sendiri tidak menyangka turut memiliki bakat dalam lakonan. Katanya, dia sekadar mencuba.

“Walaupun sekarang saya sudah mula membabitkan diri pada bidang lakonan, namun lawak jenaka tidak dilupakan. Saya akan terus berlawak juga.

“Apa yang saya lakukan kini adalah menyahut peluang yang diterima. Bagi saya wajar untuk mencubanya meskipun sebelum ini tidak pernah terfkir mahu menceburi bidang lakonan,” katanya.

Berbicara mengenai drama Rubber Band pula, Pian berkata, dia melakonkan watak Basir, seorang pemuda gagap. Katanya, dia tidak sangka mendapat peluang bekerja dengan pelakon dan pengarah, Sabri Yunus.

“Abang Sabri yang mengarahkan drama Rubber Band ini dan saya sangat berbesar hati mendapat kepercayaannya melakonkan watak Basir itu. Saya pun tak menduga diri ada bakat sebagai pelakon.

“Tak dinafikan, pada mulanya saya agak bimbang memikirkan kemampuan diri melakonkan watak Basir. Bagaimanapun, abang Sabri banyak membantu memberi tunjuk ajar,” katanya.

Mengulas pengalamannya bekerja dengan Sabri, anak jati Ipoh, Perak ini berkata, dia seronok bekerja dengan Sabri yang dianggapnya sebagai pengarah berkaliber.

Mengulas lanjut mengenai watak Basir itu, katanya, ia karekter cukup mencabar. Namun, bergandingan dengan pelakon berbakat seperti Beto Kusyairy cukup membantu.

Kata Pian, biarpun kali pertama bekerjasama namun dia dan Beto mampu memupuk keserasian dalam lakonan mereka. Katanya, mereka juga saling berbincang.

Dalam drama Rubber Band itu, selain Pian dan Beto sebagai Rahim, barisan pelakon lain ialah Ezany Nizariff (Alimin), Jelita (Sara Ali) dan Bil Azali (Aidan).

Rubber Band menceritakan perjuangan dua pemuda orang kurang upaya (OKU) membuka mata masyarakat mengetengahkan bakat mereka dalam bidang seni.

Mampukah mereka mengecapi kejayaan? Apapun drama 13 episod ini padat dengan masej positif yang memaparkan nilai persahabatan tulus, saling menghormati dan gigih berusaha.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");