Jenayah

Pemandu lori terselamat dari maut

BATU PAHAT – Memberikan isyarat berhenti kepada seorang pemadu lori kontena, itu tindakan seorang pengguna jalan raya setelah melihat percikan api dan letupan kecil.

Dalam kejadian berlaku di Jalan Sri Medan-Yong peng, di sini, kelmarin, mengakibatkan keseluruhan bahagian hadapan kontena terbabit hangus terbakar.

Pengguna jalan raya berkenaan, Shafiq Ramlan, 32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, dan ketika itu dia sedang memandu di belakang lori terbabit.

Katanya, dengan tiba-tiba satu letupan kecil berlaku di bahagian tayar lori di hadapannya dan kemudian dia terlihat beberapa percikan api terhasil daripada letupan berkenaan.

“Bimbang kejadian itu, saya memotong lori berkenaan sebelum memberi isyarat berhenti kepada pemandu terbabit dan memberitahu kejadian yang berlaku.

“Sebaik pemandu memberhentikan kenderaan, bahagian yang meletup mula terbakar. Saya kemudian segera hubungi bomba untuk bantuan.

“Pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu sempat keluar dan berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Ibnul Kasim Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.40 malam dan sebaik tiba di lokasi didapati sebuah lori sedang terbakar.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dikerah bagi memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sekitar jam 10 malam, dan kejadian hanya melibatkan bahagian hadapan lori kontena itu.

“Kebakaran menyebabkan keseluruhan bahagian kepala lori musnah. Bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Pihak bomba memuji tindakan pengguna yang cukup bertanggungjawab dan dia pantas menghubungi pasukan bomba,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");