Isu Panas

Pemuda Pas : ‘Game’ DAP bunuh PR

SHAH ALAM – DAP yang memulakan permainan politik ini dan parti itu juga yang membunuh PR, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, DAP terus memfitnah Pas meskipun semua isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan sudah dijawab parti Islam itu.

“DAP telah membuat keputusan bahawa PR sudah tidak lagi wujud atau mati. Saya melihat ini satu ‘game’ yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi PR serta berterusan menyerang peribadi Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Dakwaan kerjasama dengan Umno, pertukaran Menteri Besar Selangor serta implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan…menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh Pas.

“Namun DAP masih terus memfitnah Pas dan Presiden secara khususnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Katanya, susulan tindakan melampau DAP selama ini, Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac lalu.

“Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang muktamar yang lalu.

“Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama Pas Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam PR. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan DAP gopoh dan terburu-buru dalam menyerang Pas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");