Sukan Hari Ini

‘Pengalaman cukup berharga’

PENGENDALI Colombia, Jose Pekerman menerima kekalahan sambil menjelaskan Argentina pasukan yang lebih baik berbanding pasukannya.

Katanya, dia tidak kecewa dengan kekalahan ini kerana Los Cafeteros ditewaskan pasukan hebat.

“Argentina beraksi sangat baik dan kami berdepan kesulitan separuh masa pertama.

“Kami terus mencuba separuh masa kedua dan mencipta peluang tetapi Argentina tetap beraksi baik,” katanya.

Sepanjang kejohanan ini, Colombia hanya tewas kepada Brazil di peringkat kumpulan.

“Ia satu pengalaman berharga buat Colombia. Kami pasukan yang sedang membangun dan kami perlu berusaha lebih gigih lagi,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");