Jenayah

Penganggur lalok gagal ragut

KEMAMAN – Cubaan seorang penganggur sedang lalok untuk meragut beg tangan penunggang motosikal wanita dalam kejadian di Kampung Semayor, Kemasik pada Rabu lalu, gagal selepas orang kampung pantas menangkap suspek.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 petang itu, suspek yang berumur 27 tahun tidak keseorangan, sebaliknya menunggang motosikal Honda EX5 Dream bersama rakan jenayahnya sebelum mengekori dan cuba merentap beg tangan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, tangkapan itu turut membongkar perbuatan jenayah lain kerana motosikal dinaiki suspek sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Air Jerneh.

Malah katanya, lebih mengejutkan apabila terdapat dua pucuk pistol mainan, sebilah parang dan beberapa peralatan pecah rumah dalam raga motosikal suspek.

“Lepas menyedari dirinya didekati, mangsa menjerit meminta tolong hingga memeranjatkan penduduk kampung yang berada berdekatan.

Susulan itu, orang kampung segera mengejar motosikal dinaiki kedua-dua suspek. “Tindakan pantas orang kampung berhasil apabila suspek berjaya ditangkap selepas berlaku sedikit pergelutan antara mereka.

Bagaimanapun, rakan jenayah suspek dapat meloloskan diri,” katanya, semalam.

Menurut Normansah, suspek yang tinggal di kampung itu dan merupakan penagih dadah, kemudian diserahkan kepada polis.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas pistol mainan, parang dan alatan pecah rumah yang dijumpai dalam raga motosikal dinaiki suspek.

“Hasil saringan air kencing juga mendapati suspek yang masih belum berkahwin, positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 397A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");