Jenayah

Pengarah syarikat perladangan mengaku tak salah

Shah Alam: Pengarah syarikat perladangan mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram lebih RM3 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi

SR Summugam, 61, yang juga Pengarah Blue Valley Plantation Sdn Bhd di Cameron Highlands menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda.

Summugam juga berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail.

Tertuduh diwakili peguam bela Nicholas Netto.

Hakim Zamri Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh ditahan.

Kes akan disebut semula pada 10 Julai ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");