Berita Hari Ini

Peniaga Bazar Ramadan Diingatkan Tidak Ambil Kesempatan Ke Atas Pengguna

KOTA BARU: Bazar Ramadan tidak harus dijadikan medan bagi peniaga mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan meraih keuntungan berlebihan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peniaga perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Kita akui setakat ini ada kenaikan harga (barang) dan kita buat kajian tetapi ia masih terkawal. Kita harap pada bulan Ramadan ini tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Majlis Penyampaian Pinjaman Skim Bazar Ramadan (SBR) di Dewan Kasturi, Perbadanan Kemajuan Kraftangan di sini.

Seramai 462 anggota Persatuan Penjaja Kelantan menerima pinjaman RM3,000 seorang dari peruntukan berjumlah RM1.3 juta.

Katanya, peniaga yang menerima pinjaman itu diharap dapat membuat pembayaran balik dalam tempoh empat bulan sebagaimana ditetapkan.

“Skim ini tidak dikenakan sebarang faedah…Syaratnya juga mudah,” katanya.

Pembiayaan tanpa faedah itu dilancarkan 9 April lepas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hassan Malek. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");