Perak Hari Ini

PENYEDAR Gesa Kerajaan Negeri Pantau Keadaan Hutan Simpan Kekal

IPOH: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) mengesa Kerajaan Negeri Perak supaya terus mengekalkan serta memberikan jaminan supaya Hutan Simpan Kekal (HSK) yang telah diwartakan sentiasa terpelihara dan dalam keadaan selamat.

Menurut Timbalan Pengerusi,Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak,Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, kawasan HSK dilihat masih tidak mencapai tahapnya dan hanya sekitar 46.8 peratus sahaja untuk diwartakan.

” Ada tiga persoalan besar berkaitan HSK iaitu yang pertamanya, komitmen Kerajaan Negeri Perak agar jaminan kepada 50 peratus digazetkan tidak dipenuhi, keduanya tentang HSK yang telah diberikan kebenaran pelupusan dan pemberimilikan tanah tetapi tidak digantikan semula dan yang ketiganya, HSK yang digazetkan tetapi berlaku pencerobohan serta pembalakan haram yang berleluasa dilaporkan media amat membimbangkan,” katanya.

Jelasnya lagi, di bawah Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), HSK perlu diurus dan dikelaskan di bawah empat fungsi utama seperti Hutan Perlindungan yang berfungsi sebagai kawasan sumber air, mengurangkan kerosakan disebabkan banjir, hakisan sungai dan tanah-tanah pertanian.

“Ianya juga berfungsi sebagai Hutan Berhasil atau Pengeluaran sebagai bekalan yang berpanjangan bagi semua bentuk keluaran hutan yang dihasilkan secara ekonomik bagi memenuhi kehendak domestik dan pengeksportan,” katanya.

Jelasnya lagi,pihak berkuasa negeri juga telah bertindak mewartakan semula HSK Amanjaya seluas 18,866 hektar di Mukim Belum dan Temenggor pada tahun 2013 namun ianya masih dilihat kurang dengan sasaran yang sepatutnya.

“Sepatutnya usaha penambahan HSK dilakukan agar ianya mencapai sasaran dan jaminan keluasan HSK kepada generasi akan datang khasnya.

“Usaha penambahan HSK berhubung kainya juga dengan fenomena alam semulajadi terkini terutamanya bencana banjir berikutan kawasan tadahan air berkurangan,” katanya.

Tambahnya lagi, tumpuan HSK yang berpontensi sebagai kawasan tadahan air seperti di sekitar Sempadan Gerik-Kelantan perlu dikekalkan sebagai kawasan utama HSK.

“Semakan telah mendapati tiada bukti menunjukkan pembatalan tiga kawasan HSK seluas 3,854 hektar diwartakan dan tiada bukti semua HSK yang dibatalkan seluas 4,593 hektar dibuat penggantian sebagaimana kehendak Seksyen 11, Akta Perhutanan Negara 1984.

“Terdapat tiga kawasan HSK yang dibatalkan pada 11 November 2009 di Gunung Besout seluas 3,178 hektar, pada 1 November 2000 di Padang Chong seluas 135 hektar dan Hutan Simpan Papulut seluas 541 hektar pada 24 Mac 2010 masih belum diganti oleh pihak berkuasa negeri,” katanya.

Manakala di Piah pula jelasnya, seluas 739 hektar yang telah dibatalkan rizabnya dan telah diwartakan pada 2010 tetapi masih tiada penggantian dibuat oleh pihak berkuasa negeri sehingga ke hari kini.

“Banyak laporan media yang melaporan pihak berkuasa negeri dan persekutuan membuat pendedahan pencerobohan dan pembalakan haram di sekitar HKS Royal Belum yang bersempadan dengannya termasuklah di Tasek Banding,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, Pihak PENYEDAR juga telah meninjau sendiri di HKS Tasek Banding mendapati keadaan jelas kesan pembalakan haram yang berlaku di situ memberikan kesan kepada alam sekitar terutamanya warna air yang berubah warna dan ranting-ranting kayu yang meliputi kawasan tasek tersebut.

Katanya lagi, langkah penguatkuasaan dan pencegahan masih ditahap yang begitu rendah dan ianya menyebabkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mencerobohi dan dalam masa yang sama bertindak mencuri balak-balak di sekitarnya secara haram.

“PENYEDAR memandang serius dengan ketiga-tiga isu berkaitan HSK di ini khasnya yang memerlukan penglibatan semua pihak seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Rejimen Renjer DiRaja (RRD) dan Jabatan Alam Sekitar terutamanya bagi memastikan kedudukan dan keadaan HSK terpelihara.

“Bagi memastikan semua aspek keperluan perlu diambil kira oleh semua pihak agar HSK terus diberikan jaminan dan sebagai bentang kepada alam sekitar yang menjadi kebanggaan rakyat Perak.

PENYEDAR turut berharap supaya pengguatkuasaan dan pihak berkuasa negeri serta persekutuan perlu bekerja keras bagi menyelamatkan fauna di semua HSK kerana ianya ‘permata’ yang sangat bernilai di Perak dan bukannya faktor kekayaan wang ringgit sebagai ganti bagi nilai HSK yang ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");