Perak Hari Ini

Perak Disaran Ambil Langkah Serius Bendung Gejala Ponteng Puasa

IPOH: Kerajaan Negeri Perak disaran supaya mengambil langkah yang serius bagi menangani gejala ponteng puasa dalam kalangan umat Islam di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput, Isran Fahmi Ismail berkata, kerajaan negeri tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tugas kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana JAIPk sendiri turut mempunyai pelbagai kekangan termasuklah tenaga kerja yang minima.

“Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui agensi terbabit perlu merangka strategi dan kaedah yang lebih berkesan, merujuk kepada pengalaman tahun-tahun sebelum ini.

“Kerajaan hendaklah mengumpul semua agensi kerajaan yang boleh membantu termasuklah pihak keselamatan serta agensi luar seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela),”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, badan bukan kerajaan (NGO), badan dakwah dan organisasi tertentu perlu terlibat sama untuk memainkan peranan masing-masing.

“NGO, badan dakwah dan organisasi tertentu perlu dilihat serta diperanankan seterusnya memberi kuasa kepada mereka untuk menanganinya bersama-sama.

“Pihak berkuasa perlu memperketatkan kawalan rondaan bermula pagi hingga menjelang berbuka bagi menangani gejala ponteng puasa ini,”tegasnya.

Isran turut berkata, pihak berkuasa perlu lebih bertanggungjawab untuk mengenalpasti kawasan yang tumpuan kaki ponteng puasa dan memberi amaran keras kepada mereka, termasuklah kepada para peniaga.

“Amaran keras perlu diberikan kepada mereka agar tidak bersubahat dengan kaki ponteng puasa serta mengenakan tindakan tegas bagi peniaga yang ingkar.

“Pemuda PAS Sungai Siput sangat risau dengan gejala ini yang bukan sahaja dari kalangan orang muda, malah ia turut melibatkan golongan tua dari umur 40 hingga 60 tahun,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");