Perak Hari Ini

Perak Sasar, 1 Daerah 1 Sekolah Tahfiz

BUKIT MERAH: Kerajaan Negeri Perak mensasarkan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di setiap daerah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, dengan pertambahan SMTDR tersebut akan meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, AzHariah dan juga Tahfiz.

“Setakat ini kita mempunyai lima buah SMTDR iaitu di Daerah Manjung, Batang Padang, Kerian, Kuala Kangsar dan Lenggong,” katanya.
PERAK TODAY 10
Nizar turut berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukan hampir RM260 juta bagi membangunkan sembilan buah SMTDR di negeri itu yang menelan belanja kira-kira RM30 juta bagi setiap sebuah sekolah.

“Kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan di tapak-tapak pembinaan yang telah diluluskan dan kita menjangkakan projek ini akan siap dalam tempoh dua hingga ke tiga tahun,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penutup Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Islam Perak 2015 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Ujarnya, hampir 500 hufaz-hufaz muda bakal dilahirkan di negeri itu sekiranya kesemua SMTDR berkenaan beroperasi serentak.

“500 orang hufaz ini hanya di sekolah-sekolah dibawah kerajaan negeri, tidak termasuk yang persendirian,” jelasnya.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, beliau turut menyeru agar sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang berada di negeri itu untuk melakukan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk memudahkan pemantauan dilakukan.

“Kerajaan Negeri berharap supaya mereka ini mendaftar dibawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat 1996 supaya kita dapat memantau dan dapat menziarahi sekolah tersebut,” tegasnya.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri tidak menghalang kewujudan sekolah-sekolah agama tersebut di negeri itu namun, ianya perlulah didaftarkan dengan pihak yang berwajib.

“Jika tidak berdaftar, kita nak menghulurkan bantuan pun susah… Jadi, saya memohon kepada sekolah-sekolah tahfiz ini untuk datang berdaftar,” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");